3D Printing Workshop
28 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Bawang Assan dan Homestay Bawang Assan telah menjadi tuan rumah bersama dalam program “MCMC-UCTS Society Initiative”. Di dalam program tersebut, diadakan bengkel “3D Printing Workshop”. Program ini dihadiri 20 orang peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Tenaga pengajar yang mengajar semasa bengkel tersebut ialah Dr. Sim Yee Wai dari UCTS. Tetamu kehormat yang turut hadir pada program tersebut ialah En. John Tay, Ketua bagi Jabatan Gaya Hidup Digital dan Masyarakat dari MCMC, Dr. Bakri Madon dari UCTS, Dr. Sim Yee Wai, dari UCTS dan En. Johnson Lam dari Pertubuhan MyMaker.
Manfaat dari program ini adalah memupuk minat peserta tentang penggunaan 3D Printing, mendedahkan kepada para peserta tentang jenis-jenis 3D Printer, pendedahan mengenai perisian SketchUp untuk mereka bentuk 3D.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: