Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Homestay Bawang Assan
Penempatan masyarakat Iban terbesar terletak di Bawang Assan dengan 9 buah rumah panjang. Di Homestay Bawang Assan, pengunjung boleh merasai pengalaman tinggal di rumah panjang serta mengetahui budaya dan tradisi masyarakat Iban. Pengunjung turut boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti harian masyarakat Iban seperti perlumbaan bot laju yang menggunakan pam air di sungai berdekatan iaitu Sungai Lebaan.