Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Bawang Assan
Sekolah Kebangsaan Bawang Assan telah ditubuhkan pada awal tahun 1946. Para penduduk Kampung Bawang Assan yang majoritinya berketurunan Iban telah mendirikan sebuah pondok beratapkan daun nipah dan bertiangkan kayu untuk dijadikan sekolah. Manakala lantainya pula dibuat daripada papan dan dindingnya pula daripada kulit kayu.
Pembinaan pondok ini diusahakan secara gotong-royong yang melibatkan semua penduduk Kampung Bawang Assan. Pada masa tersebut, tiada sebarang bantuan daripada kerajaan tempatan diterima. Seorang guru telah dilantik dan gajinya dibayar hasil daripada kutipan penduduk setempat. Sekolah ini bermula dengan 30 orang murid yang ditempatkan di dalam sebuah kelas sahaja. Selama lebih kurang tiga tahun, gaji guru di sekolah ini dibayar dengan wang kutipan penduduk Bawang Assan. Selepas itu, sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan tempatan. Kemasukkan murid sekolah ini bertambah setiap tahun dan kemudian kerajaan tempatan mengambil langkah untuk membina bangunan kelas yang baru.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Cdt No.81 Jalan Bawang Assan.