Kelas Tutorial Animaker
05 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2017 dan 4 Februari 2017, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan “Kelas Tutorial Animaker”. Kelas ini dihadiri seramai 9 orang peserta pada 3 Februari 2017 manakala 5 orang peserta pada 4 Februari 2017. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kelas ini diadakan agar dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menghasilkan video animasi menggunakan applikasi Animaker.
Disamping itu, taklimat Advokasi dan KDB juga turut diadakan seperti tayangan video KDB, Check Your Label dan E-waste. Advokasi dan KDB diadakan supaya para peserta didedahkan dengan budaya penggunaan internet yang positif dan disamping itu memberi pendedahan kepada peserta tentang program E-waste.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: