Kelas Asas 3D Printing
25 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 November yang lalu, Pusat Internet Bawang Assan telah menyertai kelas Asas 3D Printing yang dianjurkan oleh Pusat Internet PPR Sibujaya dan Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang bertempat di Pusat Internet PPR Sibujaya. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang yang terdiri daripada golongan belia.
Para peserta didedahkan dengan TinkerCAD, iaitu satu platform mudah untuk membuat rekaan 3D dan seterusnya dicetak menggunakan mesin cetak 3D.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: