Kelas Pengenalan Kepada Komputer dan Kahoot (E-Learning)
12 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 Oktober 2019, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas pengenalan kepada komputer dan Kahoot (E-Learning) untuk para peserta di bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai komponen-komponen komputer serta fungsinya. Para peserta juga didedahkan dengan pembelajaran atas talian iaitu kahoot dimana peserta akan menjawab soalan menggunakan kahoot.
Selain itu, turut diadakan tayangan video klik dengan bijak – buli siber bagi memberi kesedaran kepada peserta mengenai bahaya buli siber dan kesan buli siber kepada mereka. Kelas diadakan selama 4 jam dari pukul 1.00 petang – 5.00 petang. Kelas dihadiri oleh 8 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan berusia lingkungan 8 -12 tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: