Pameran dan Kelas 3D Printer

16 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2019, Pusat Internet Bawang Assan, Pusat Internet PPR Seduan dan Pusat Internet RPR Sibujaya telah mengadakan Pameran dan Kelas 3D Printer untuk para murid di SK Bawang Assan. Tujuan pameran dan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang fungsi serta kegunaan 3D Printer. Semasa pameran ini diadakan murid-murid akan melihat demo bagaimana 3D printer mencetak sesuatu objek.

Matlmat program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para murid tentang 3D printer. Program diadakan selama 4 jam dari pukul 8:00 pagi – 12:00 tengahari. Pameran dihadiri oleh 148 orang murid SK Bawang Assan dari tahun 1 hingga tahun 6.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali