Taklimat Advokasi SK Abang Ali

28 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2019, Pusat Internet Bawang Assan, Pusat Internet Kampung Bandong dan Pusat Internet PPR Seduan telah bekerjasama mengadakan satu taklimat advokasi di SK Abang Ali. Tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga sekolah terutamanya para guru dan murid-murid. Taklimat ini dihadiri oleh 111 orang murid tahun 6 dan disertai oleh 6 guru pengiring. Antara tajuk yang disampaikan adalah buli siber, overshare, maklumat palsu dan keselamatan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali