Taklimat Advokasi SK Agama, Sibu

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2019, Pusat Internet Bawang Assan, Pusat Internet Kampung Bandong dan Pusat Internet RPR Sibujaya telah bekerjasama mengadakan satu taklimat advokasi di SK Agama, Sibu. Tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga sekolah terutamanya para guru dan murid-murid. Taklimat ini dihadiri oleh 75 orang murid tahun 6 dan disertai oleh seorang guru pengiring. Antara tajuk yang disampaikan adalah buli siber, overshare, maklumat palsu dan keselamatan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali