Kelas Asas Microsoft Powerpoint – (Animation)

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas Asas Microsoft Powerpoint (Animation) untuk para peserta di bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Microsoft Powerpoint dan mempelajari asas penggunaan Microsoft Powerpoint membuat text animation.

Selain itu, turut diadakan tayangan video klik dengan bijak – buli siber bagi memberi kesedaran kepada peserta mengenai bahaya buli siber dan kesan buli siber kepada mereka. Kelas diadakan selama 4 jam dari pukul 1.00 petang – 5.00 petang. Kelas dihadiri oleh 9 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan berusia lingkungan 7 -14 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali