Pameran Seminar Menjadi Seorang Pengguna Yang Bijak Anjuran KPDNKK
26 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 25 May 2019, KPDNKK cawangan Sibu telah menganjurkan program “Seminar Menjadi Seorang Pengguna Yang Bijak” dengan kerjasama badan bukan kerajaan United Chinese Association Sibu division. Pusat Internet Bawang Assan dan juga Pusat Internet Pekan Machan telah dijemput untuk membuka booth pameran pada program tersebut.
Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat dan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna. Disamping itu, tayangan video advokasi dan klik dengan bijak juga telah turut dijalankan sebagai aktiviti sampingan. Program tersebut bermula pukul 08:00 pagi sehingga 12:00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: