Kelas Membuat Table (Microsoft Office Word)
27 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Oktober 2019, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas membuat Tabel dalam Microsoft Office Word untuk para peserta di bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara-cara membuat table. Para peserta diajar memasukkan tabel, merge cell, shading, watermark, page border dan mewarna background page. Kelas diadakan selama 4 jam dari pukul 1.00 petang – 5.00 petang. Kelas dihadiri oleh 7 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan berusia lingkungan 8 -15 tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: