Hari Bersama Komuniti & Latihan Asas Kesedaran Kebakaran Pusat Internet Zon Sibu 2019

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019 yang lepas, Pusat Internet Bawang Assan telah mengikuti Hari Bersama Komuniti & Latihan Asas Kesedaran Kebakaran Pusat Internet Zon Sibu 2019 di Pusat Internet Tanjung Manis. Program tersebut bermula dengan sesi latihan asas kesedaran kebakaran oleh pihak Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis. Taklimat ringkas diberikan agar para komuniti mengetahui cara-cara dan langkah-langkah keselamatan yang sesuai digunakan sewaktu berlakunya kebakaran sebelum ketibaan pihak bomba.

Setelah itu, pihak bomba juga turut memberi demotrasi cara-cara memadamkan api mengunakan pemadam api. Selain itu, pihak bomba juga turut memberi demotrasi kepada surirumah cara-cara untuk memadamkan api yang berpunca daripada dapur gas. Hari bersama Komunti Tanjung Manis juga turut berlangsung pada hari yang sama. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti pertandingan gubahan bunga tisu, pertandingan poster para usahawan, pertandingan poster belia, dan cabutan tiket bertuah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali