Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Sibujaya

22 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2019 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet Bawang Assan telah menghadiri Program Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sibujaya. Program tersebut turut dihadiri juga oleh Pusat Internet PPR Seduan. Program ini berlangsung di Pusat Internet Sibujaya bermula dari jam 8:00 pagi hingga jam 12:30 tengah hari.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Pendaftaran ahli secara percuma, Tayangan dan taklimat Advokasi, Pengenalan Pusat Internet, E-Waste, E-Learning, Demonstrasi cetakan 3D dan Penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan poster, ICT Challange dan juga cabutan bertuah. 22 orang peserta menyertai Pertandingan ICT Challange serta Pertandingan Poster Digital. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah seperti yang telah ditetapkan.

Antara aktiviti yang berlangsung pada 27 April 2019:

Program Hari Bersama Komuniti PI RPR Sibujaya 2019 ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silatulrahim antara pihak pengurusan Pusat Internet dengan komuniti setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke Pusat Internet serta menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet dan juga dapat merapatkan jurang digital masyarakat setempat. Seramai lebih 55 orang pengunjung yang hadir ke program tersebut. Diharapkan agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan seterusnya dapat memartabatkan kepentingan Pusat Internet untuk masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali