Kelas Microsoft Office (PowerPoint) & Multimedia (Photo & Graphic) Sesi Satu

10 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang dan Bawang Assan telah mengadakan kelas pengenalan Microsoft Office (PowerPoint) dan Multimedia (Photo dan Graphic) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari asas Microsoft Office PowerPoint dan Multimedia.

Sebelum kelas berlangsung, para perserta telebih dahulu diberi penerangan secara ringkas dalam menghasilkan gambar menggunakan Microsoft PowerPoint. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 10 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari merangkumi aktiviti seperti pengenalan Microsoft Office (PowerPoint), asas dalam menghasilkan multimedia dan tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali