Kelas Maze Game (Powepoint)

26 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Oktober 2019, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas membuat Maze Game menggunakan Microsoft Powerpoint untuk para peserta di bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara-cara membuat Maze Game dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Para peserta didedahkan dengan penggunaan butang “action”, “mouse click”, “mouse over” dan jenis2 animation untuk menghasilkan Maze Game. Kelas diadakan selama 4 jam dari pukul 1.00 petang – 5.00 petang. Selain itu, turut diadakan tayangan video klik dengan bijak – maklumat palsu bagi memberi kesedaran kepada peserta mengenai kesan buruk dan bahaya menyebarkan maklumat palsu. Kelas dihadiri oleh 5 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan berusia lingkungan 8 -12 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali