Multi Kelas: E-Learning, Pengenalan Gmail, Canva & Advokasi
16 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos 2019, PI Bawang Assan telah mengadakan kelas pengenalan emel (Gmail), E-Learning, dan multimedia (Canva). Kelas tersebut dihadiri oleh seorang peserta iaitu seorang pelajar sekolah rendah. Kelas pengenalan Gmail mengajar tentang cara-cara untuk membuat akaun emel, membuat emel, menghantar emel, dan sebagainya. Manakala kelas E-learning memberikan pendedahan kepada peserta untuk cara yang lebih menarik dan seronok untuk belajar.
Ini dapat menrik minat peserta terutamanya yang bersekolah di peringkat sekolah rendah. Kelas Canva bertujuan untuk perserta belajar menggunakan Canva untuk membuat poster. Peserta diberi tugas untuk membuat poster bersempena dengan bulan Kemerdekaan. Selain itu juga, tayangan video advkosi turut dijalankan sebagai aktivit sampingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: