Majlis Ngiling Bidai 2019

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Majlis Ngiling Bidai merupakan aktiviti dan program yang berlangsung di sekitar PI Bawang Assan. Ia merupakan satu majlis yang dianjurkan oleh JKKK Induk Bawang Assan untuk menandakan tamatlah perayaan Gawai bagi Tahun 2019 di kawasan Bawang Assan. Tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato Sri Wong Soon Koh, ahli ADUN N53 Bawang Assan, merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-dagang, Menteri Kewangan II Sarawak. Antara aturcara yang berlangsung pada program tersebut ialah miring, bertaboh, ngajat ngilingi (mengelilingi) ranyai, hiburan karaoke dan cabutan bertuah. Majlis tersebut dihadiri oleh seramai 200 org penduduk kampung Bawang Assan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali