Program Advokasi dan KDB di SK Bandaran Sibu No 3
24 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2019 yang lepas, Pusat Internet Bawang Assan dengan kerjasama Pusat Internet Kampung Bandung dan Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan program advokasi dan KDB di Sekolah Kebangsaan Bandaran Sibu No 3. Seramai 76 orang pelajar tahun 6 dan lima orang guru telah mengikuti program tersebut. Program tersebut menfokuskan advokasi mengenai buli siber, maklumat palsu, Oversharing, dan panggilan palsu. Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar untuk berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan apabila menggunakan internet dan alat teknologi.
Selain itu juga, pengenalan kepada E-Kelas turut diadakan. Ini kerana program E-Kelas merupaka satu insiatif daripada Maxis untuk membantu para pelajar yang ingin mendapatkan dan menambah ilmu pengetahuan. Program E-Kelas memberi kelas tuisyen yang percuma kepada para pelajar Tahun 6, Tingkatan 3, dan Tingkatan 5.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: