Kelas Multimedia: Canva Poster Hari Krismas

19 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2020 yang lepas Pusat Internet Komuniti Bawang Assan telah mengadakan kelas multimedia menggunakan aplikasi Canva Bersama adik Andrianz Mandin. Kelas tersebut berlangsung selama 30 minit iaitu bermula pada 01.15 petang sehingga 01.45 petang. Adik Andrianz dikehendaki membuat sebuah poster bertemakan Hari Krismas dengan menggunakan ilmu yang telah dipelajarinya.

Selain itu, kempen kebebasan bersuara juga turut sama diadakan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda. Ini kerana golongan muda merupakan golongan yang paling banyak menggunakan social media seperti Facebook, Instagram, Youtube, dan lain-lain. Melalui kempen ini, kita dapat membantu mengurangkan penularan berita palsu dalam kalangan muda di social media.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali