Kelas Asas Usahawan Shoppe

20 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Disember 2020 yang lepas Pusat Internet Komuniti Bawang Assan telah mengadakan kelas Asas Usahawan menggunakan aplikasi Shoppe bersama salah seorang usahawan tempatan iaitu Puan Lydia. Kelas tersebut berlangsung selama 30 minit iaitu bermula pada 11:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari.

Kelas tersebut membolehkan usahawan untuk berdaftar di dalam aplikasi Shoppe sebagai salah seorang perniaga di Shoppe. Ini sekaligus dapat membantu Puan Lydia untuk meluaskan lagi penjualan produknya. Kelas tersebut memberi pendedahan cara-cara untuk mempromosikan produk. Kelas Asas Shoppe ini dapat membantu para usahawan untuk mempromosikan produk tempatan mereka dengan lebih meluas, cepat, dan mudah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali