Kelas Asas Microsoft Office Excel dan Tayangan Video Buli Siber dan Cyber-Grooming

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2020, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas Asas Microsoft Office Excel untuk para peserta di bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Microsoft Office Excel dan mempelajari asas penggunaan Microsoft Office Excel membuat hamparan ringkas iaitu membuat jadual.

Para peserta diajar untuk memasukkan data atau maklumat ke dalam Microsoft Excel. Peserta diajar untuk menggunakan wrap text, merge & center dan menggunakan borders. Selain daripada itu, turut diadakan juga sesi tayangan video buli siber dan tayangan cyber-grooming bagi memberi kesedaran kepada para peserta. Kelas diadakan selama 4 jam dari pukul 1.00 petang – 5.00 petang. Kelas dihadiri oleh 5 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan berusia lingkungan 7 -15 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali