Cyber Patrol (Education Training Games) dan Advokasi

21 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2020, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan satu aktiviti pembelajaran berbentuk permainan iaitu Cyber Patrol untuk para peserta yang diadakan di Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas penggunaan komputer, pendedahan mengenai enjin carian, pelayar web dan juga mengenai keselamatan siber.

Melalui aktivti ini juga dapat mewujudkan kesedaran kepada para peserta mengenai ancaman keselamatan siber dan juga klik dengan bijak. Aktiviti diadakan selama 4 jam dari pukul 1.00 petang – 5.00 petang. Aktiviti dihadiri oleh 5 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan berusia lingkungan 5 -12 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali