abcya.com, youtube.com, Cyber-Friends dan Email-Spam (E-Learning)

22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Februari 2020, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan satu aktiviti pembelajaran berbentuk permainan iaitu abcya.com, youtube.com, Cyber-Friends dan Email-Spam untuk para peserta yang diadakan di Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas penggunaan komputer, pendedahan mengenai enjin carian, pelayar web dan juga mengenai keselamatan siber.

Selain itu peserta boleh mencari tutorial di laman web youtube sebagai medium pembelajaran mereka. Selain itu turut ditayangkan video advokasi. Aktiviti diadakan selama 4 jam dari pukul 1.00 petang – 5.00 petang. Aktiviti dihadiri oleh 4 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan berusia lingkungan 5 -12 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali