Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint dan Keusahawanan

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2020, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas Asas Microsoft Office Powerpoint untuk para peserta di bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Microsoft Office Powerpoint dan mempelajari asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint membuat table dan memasukkan text box ke dalam slaid.

Para peserta diajar untuk memuat turun gambar dan membuat suntingan gambar menggunakan Microsoft Powertpoint. Selain daripada itu, turut diadakan juga sesi memperkenalkan produk jualan yang dihasilkan oleh para peserta. Kelas diadakan selama 4 jam dari pukul 1.00 petang – 5.00 petang. Kelas dihadiri oleh 2 orang ahli Pusat Internet Bawang Assan yang mempunyai perniagaan kuih muih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali