Kelas Microsoft Office (Microsoft Word)
26 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2020, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas Microsoft Office (Microsoft Word) untuk para peserta di bilik latihan Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Microsoft Office (Microsoft Word) dan mempelajari asas penggunaan Microsoft word. Para peserta diajar untuk menggunakan “tab”, “numbering”, “page border” dan “textbox”. Para peserta diberikan latihan bagi memahami penggunaan yang telah diajar. Kelas diadakan selama 4 jam dari pukul 8.00 pagi – 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: