Softskill (Temuduga dan Ujian dalam Talian)
14 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2021 yang lalu, Pusat Internet Komuniti Bawang Assan telah mengadakan sebuah kelas iaitu Softskill atau kemahiran insaniah. Kelas tersebut dihadiri oleh seorang peserta iaitu, Natasha Dexty Anak Usop. Peserta merupakan salah seorang pelajar lepasan universiti yang masih lagi dalam proses mencari pekerjaan.
Kelas tersebut terbahagi kepada dua iaitu bahagian temuduga dan ujian dalam talian. Untuk bahagian temuduga, peserta diberikan taklimat mengenai kemahiran berkomunikasi, etika dan moral semasa menjalani temuduga. Untuk bahagian ujian dalam talian, peserta diberikan taklimat mengenai pemikiran kritis dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah.
Kelas tersebut dapat membantu peserta untuk mempunyai kemahiran komunikasi dengan lebih baik dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai etika dan moral yang bersesuaian semasa menjalani temuduga pada masa hadapan. Selain itu juga, peserta akan lebih tenang semasa menjalani ujian dalam talian dan bijak dalam menguruskan masa agar dapat menjawab soalan ujian dengan lebih teratur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: