2021 Train the Trainer (TTT) : Basic Shopee Seller Course
10 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Jun 2021, Penolong pengurus PIK bawang Assan ada menyertai 2021 Train To Trainer (TTT) : Basic Shopee Seller Course. Kelas tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1.30 petang. Kelas tersebut telah dihadiri seramai 55 orang peserta. Kelas tersebut memberi pendedahan kepada para peserta cara-cara untuk membuka kedai atas talian di dalam salah satu platform E-Commerce iaitu Shopee.
Para peserta perlu menyediakan beberapa perkara sebelum menyertai kelas seperti gambar kulit yang menarik, gambar profil, nama kedai yang senang diingat, empat atau lima gambar produk, dan tambah keterangan kedai. Selain itu, peserta juga di ajar untuk mengkategorikan barang jualan mengikuti jenis produk untuk menyenangkan pelanggan. Para peserta juga di ajar cara-cara untuk mempromosikan produk jualan seperti menggunakan baucer Shopee, penggunaan boost produk, kadar harga yang berpatutan, dan lain-lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: