Kursus Latihan Pengendali Makanan

12 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Disember 2021 PEDi Bawang Assan telah berkolaborasi dengan NZ Bunga Adventure (Training & Consultant) mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan. Kursus tersebut telah dihadiri 12 orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan kecil di sekitar Bawang Assan. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari

Kursus tersebut memberi peluang kepada para usahawan tempatan yang mempunyai produk berasaskan makanan untuk mendapatkan sijil Pengendali Makanan yang sah. Kursus tersebut merangkumi empat seksyen iaitu Pengenalan, Kebersihan Makanan, Keselamatan Makanan, dan Faktor-Faktor Kritikal Keracunan Makanan.

Selain itu juga, advokasi tentang Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong juga turut dijalankan sebagai aktiviti sampingan selepas kursus tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta pentingnya untuk menghentikan penyebaran berita palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali