Kursus Latihan Pengendali Makanan (Kumpulan 2)

18 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2021 PEDi Bawang Assan telah berkolaborasi dengan NZ Bunga Adventure (Training & Consultant) mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan. Kursus tersebut telah dihadiri tiga orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan kecil di sekitar Bawang Assan. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Kursus tersebut memberi peluang kepada para usahawan tempatan yang mempunyai produk berasaskan makanan untuk mendapatkan sijil Pengendali Makanan yang sah. Kursus tersebut merangkumi empat seksyen iaitu Pengenalan, Kebersihan Makanan, Keselamatan Makanan, dan Faktor-Faktor Kritikal Keracunan Makanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali