Quiz Online Grooming

24 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 November 2021 yang lepas, Pusat Ekonomi Digital Bawang Assan telah mengadakan kuiz secara atas talian yang bertajuk Online Grooming. Kuiz ini dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Quizizz iaitu satu aplikasi pembelajaran secara elektronik

Aktiviti ini memerlukan para peserta untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan Online Grooming untuk melihat tahap pengetahuan am para peserta tentang apakah itu Online Grooming, cara mangsa melakukan Online Grooming, taktik yang digunakan pemangsa, tanda awal perubahan yang perlu dipantau oleh ibu bapa, dan perkara yang harus dielakkan supaya tidak menjadi mangsa.

Oleh itu, diharap kuiz Online Grooming yang telah dianjurkan oleh pihak pusat internet dapat menguji dan menambah pengetahuan kepada para ibu bapa dan anak-anak supaya senntiasa berwaspada dan lebih berhati-hati pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali