Myfuturejobs

25 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September 2021, Pusat Internet Komuniti Bawang Assan telah mengikuti sesi perkongisan maklumat portal myfuturejobs melalui laman sesawang cisco webex yang dianjurkan oleh Perkeso Kuching. Perkongsian portal Myfuturejobs ini bertujuan bagi membantu komuniti setempat mencari pekerjaan. Portal ini juga menyediakan perkhidmatan pekerjaan kepada golongan selari dengan peranan PERKESO sebagai Public Employment Service di negara ini. Dalam merealisasikan usaha ini PERKESO akan mempromosikan perkhidmatan pekerjaan dan mengaplikasikan penggunaan Job Portal PERKESO kepada semua golongan pencari kerja. Program ini juga bertujuan untuk membantu dalam persediaan awal ke alam pekerjaan melalui kebolehpasaran dan memberi peluang kepada lapisan masyarakat untuk mendapatkan peluang pekerjaan melalui sesi temuduga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali