Kesedaran Jenayah Komersil Kesejahteraan Komuniti

29 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dalam menyalurkan maklumat tentang jenayah penipuan kepada masyarakat.

1. SEMAKMULE
Laman web / aplikasi untuk masyarakat membuat semakan nombor akaun bank atau nombor telefon yang terlibat dengan kes-kes jenayah komersil. Anda boleh dapatkan aplikasi ini di Google Play Store atau layari laman web https://semakmule.rmp.gov.my .

2. CCID INFOLINE (whatsapp)
Medium untuk masyarakat menyalurkan maklumat jenayah penipuan, ahlong, judi dalam talian atau kes-kes jenayah komersil yang lain kepada PDRM. Masyarakat juga boleh bertanyakan status repot melalui medium ini. Anda boleh mengubungi nombor ini 013-2111222 dengan menggunakan aplikasi Whatsapp.

3. CCID SCAM RESPONSE CENTER
Talian telefon untuk masyarakat berhubung tentang jenayah dalam talian terutama Macau Scam. Masyarakat juga boleh telefon untuk bertanya tentang modus operandi tipu dalam talian sebelum membuat transaksi bayaran. Anda boleh menghubungi nombor nombor ini 03-26101559 atau 03-26101599.

4. FACEBOOK
Pihak JSJK menggunakan platform media sosial, Facebook untuk menyampaikan maklumat dan modus operandi jenayah komersil terkini kepada masyarakat. Anda boleh menggunakan aplikasi Facebook untuk menghubungi mereka di @JSJKPDRM atau @CyberCrimeAlertRMP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali