Maxis eKelas
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada tahun 2021, Pusat Internet Komuniti Bawang Assan ada menawarkan sebuah program baru khas untuk para pelajar iaitu Maxis eKelas. Maxis eKelas adalah sebuah program komuniti utama Maxis yang mengarusperdanakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini membawa pengayaan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan ceria melalui penyediaan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Maxis bersama MCMC di Pusat Internet milik mereka yang berperanan sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan pedalaman, dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelaksanaan di sekolah. Misi kami adalah untuk menyokong generasi akan datang bagi mencapai kecemerlangan akademik menerusi pendidikan digital dan memupuk pembangunan minda dan kemahiran untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dan berkembang maju pada masa akan datang.
Melalui hab digital ini, kami menawarkan:
- Tutorial dalam talian secara langsung oleh guru berpengalaman
- Aktiviti pembelajaran digital bersama pengurus komuniti portal
- Kandungan peperiksaan terutamanya untuk UPSR, PT3 dan SPM
- Kandungan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5
Kami bantu anda belajar melalui tutorial dalam talian secara langsung, video penerangan dan nota padat untuk jadikan anda semua HebatDalamExam, dan beri anda peluang untuk sertai banyak aktiviti menarik dan seronok di luar kelas.
- Belajar melalui tutorial dalam talian secara langsung dengan guru eKelas
- Rujuk video penerangan dan nota padat khas
- Peluang sertai aktiviti menarik dan seronok
- Kenali dan berhubung dengan rakan dari seluruh Malaysia
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: