Shopee x MCMC – Penjual Baru : Keusahawanan101

10 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Disember 2022 yang lepas, PEDi Bawang Assan telah mengikuti webinar yang dijalankan oleh pihak Shopee dengan kerjasama MCMC yang bertajuk Masterclass Pemasaran: Cara Memasarkan Produk Anda dengan Strategik. Webinar tersebut telah disertai oleh seramai 700 peserta yang bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari.

Webinar tersebut bertujuan untuk mengajar penjual cara memasarkan produk mereka secara strategik di Shopee menggunakan alat penjual di Pusat Penjual. Peserta turut didedahkan tentang cara membawa trafik luar ke kedai Shopee mereka. Selain itu, peserta juga diajar cara untuk memaksimumkan keterlihatan produk/kedai anda melalui Kempen Shopee dan iklan Shopee

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali