Kursus Train of Trainer : OBS Studio

13 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2022 yang lalu, penolong pengurus PEDi Bawang Assan telah mengikuti kursus Train of Trainer: Penggunaan Asas Open Broadcaster Software (OBS) studio. Kursus terbahagi kepada dua sesi, sesi 1 bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga 01:00 petang dan sesi 2 bermula pada pukul 02:00 petang sehingga 04:00 petang. Kursus tersebut dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet.

Kursus ini memberi pendedahan kepada staff PEDi tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma OBS studio. Objektif kursus tersebut adalah untuk berkongsi kepkaran dan kemahiran berkomunikasi kepada kakitangan PEDi yang lain. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada staff untuk mempelajari penggunaan asas perisian OBS Studio dan secara tidak langsung bertujuan sebagai Latihan tahunan kepada kakitangan PEDi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali