Kursus Latihan Pengendali Makanan (Kumpulan 3)

17 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2022 PEDi Bawang Assan telah berkolaborasi dengan NZ Bunga Adventure (Training & Consultant) mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan. Kursus tersebut telah dihadiri dua orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan kecil di sekitar Bawang Assan. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 01:00 petang.

Kursus tersebut memberi peluang kepada para usahawan tempatan yang mempunyai produk berasaskan makanan untuk mendapatkan sijil Pengendali Makanan yang sah. Kursus tersebut merangkumi empat seksyen iaitu Pengenalan, Kebersihan Makanan, Keselamatan Makanan, dan Faktor-Faktor Kritikal Keracunan Makanan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali