Webinar Program Penerimagunaan Digital MEDC @ PEDi

19 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2022 yang lepas PEDi Bawang Assan telah menyertai webinar Program Penerimagunaan Digital yang dianjurkan pihak MEDC. Webinar tersebut telah dihadiri seramai 200 peserta atau PEDi yang dijalankan melalui aplikasi Zoom. Program tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Program tersebut ingin menjadikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai pusat serenti bagi merapatkan jurang digital masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar dalam memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta membantu dalam menambahkan pendapatan komuniti melalui aktiviti ekonomi digital. Pihak MEDC telah berkolobarasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam membawakan program-program berkaitan penerimagunaan digital ke seluruh PEDi di seluruh Malaysia. Terdapat beberapa taklimat telah diberikan sepanjang program tersebut iaitu Program eUsahawan dan PeDAS, Program Sharing Economy, Program eRezeki dan Glow, dan Warongku

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali