Kelas ICT : Microsoft Office (Word)

18 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2022 yang lepas PEDi Bawang Assan telah meengadakan kelas ICT dengan menggunakan perisian Microsoft Office iaitu Microsfot Word. Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta dan berlangsung selama sejam bermula pada pukul satu petang sehingga dua petang. Peserta tersebut merupakan salah seorang pelajar bernama Francis kanyan yang berumur 10 tahun.

Kelas tersebut memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui dan belajar menggunakan Microsoft Word dengan lebih baik dan lancar. Pendedahan dari awal ini dapat membantu peserta pada masa hadapan terutamanya di dalam pendidikan pada masa kini yang banyak menggunakan teknologi. Peserta diberi tugasan untuk menaip, membuat jadual, pemilihan jenis huruf yang sesuai, dan lain-lain

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali