Skim Pembiayaan Mikro/ i BSN-Semarak Niaga
18 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jun 2022 yang lepas PEDi Bawang Assan telah menyertai webinar Skim Pembiayaan Mikro/ i BSN-Semarak Niaga yang dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Webinar tersebut dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Teams bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Objektif webinar ini adalah untuk menerangkan mengenai skim-skim pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN serta tatacara permohonan atas talian. Webinar ini memberi peluang kepada staff PEDi untuk memperkenalkan kepada usahawan-usahawan mengenai skim-skim pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN. Ini secara tidak langsung dapat membantu usahawan-usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaan mereka dengan lebih meluas dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan. Ini kerana skim-skim pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN ini merupakan salah satu inisiatif daripada pihak kerajaan untuk membantu usahawan-usahawan tempatan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: