Kelas Usahawan : E-commerce Foodpanda
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 februari yang lepas PEDi Bawang Assan telah mengadakan kelas Bersama usahawan tempatan mengenai E-commerce menggunakan platform Foodpanda. Paragi Anak Jelai merupakan salah seorang usahawan tempatan yang berasal dari Bawang Assan ingin mencuba untuk menjual produk dengan menggunakan Foodpanda. Kelas tersebut memberi peluang kepada beliau untuk mengembangkan lagi perniagaan nya. Kelas tersebut berlangsung selama dua jam iaitu bermula pada pukul 01:00 petang sehingga 03:00 petang.
Kelas tersebut memberi pendedahan mengenai cara-cara untuk mendaftar di dalam aplikasi tersebut dan juga memuat turun gambar yang sesuai untuk menarik minat pembeli. Selain itu, kelas tersebut turut mengajar kaedah yang sesuai untuk mengambil gambar sesebuah produk untuk memastikan kelebihan dalam mengiklankan produk
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: