Kelas Usahawan : E-commerce Shopee
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 februari yang lepas PEDi Bawang Assan telah mengadakan kelas Bersama usahawan tempatan mengenai E-commerce menggunakan platform Shopee. Peggeye Ashrine Anak Balang merupakan salah seorang usahawan tempatan yang berasal dari Bawang Assan ingin mencuba untuk menjual produk dengan menggunakan Shopee. Kelas tersebut memberi peluang kepada beliau untuk mengembangkan lagi perniagaan nya. Kelas tersebut berlangsung selama dua jam iaitu bermula pada pukul 02:00 petang sehingga 04:00 petang.
Kelas tersebut memberi pendedahan mengenai cara-cara untuk mendaftar di dalam aplikasi tersebut, pemilihan nama kedai yang sesuai, dan juga memuat turun gambar yang sesuai untuk menarik minat pembeli. Selain itu, kelas tersebut turut mengajar kaedah yang sesuai untuk mengambil gambar sesebuah produk untuk memastikan kelebihan dalam mengiklankan produk
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: