Kuiz Kahoot dan Tiktok Merdeka

22 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2022 yang lepas PEDi Bawang Assan telah mengadakan program E-Learning dengan menggunakan website Kahoot. Program tersebut telah dihadiri enam orang peserta yang berumur 18 tahun kebawah. Kelas tersebut bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di PEDi Bawang Assan. Aktivti yang dilakukan semasa program tersebut adalah menjawab kuiz bertemakan bulan kemerdekaan dengan menggunakan website Kahoot.

Selain itu juga, kelas membuat video bersempena dengan Hari Merdeka turut juga dijalankan bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut diadakan untuk memberi idea kepada para peserta tentang tema-tema yang sesuai digunakan untuk membuat video Hari Merdeka yang tidak menyentuh isu-isu yang sensitiviti seperti politik, kaum, keagamaan, dan sebagainya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali