Modus Operandi Scam Malware
25 September 2022 | Aktiviti TerkiniSeperti yang kita tahu, scam pada masa kini semakin berleluasa dan laporan mengenai jenayah tersebut semakin meningkat setiap hari. Pelbagai teknik dan cara yang scammer gunakan untuk melakukan jenayah tersebut. Salah satu modus operandi mereka yang terbaru adalah Scam Malware iaitu Phishing melalui aplikasi tak sah. Aplikasi tak sah (malware) tersebut digunakan untuk meminta kebenaran untuk mengakses tetapan (setting) dalaman telefon anda seperti gambar, sms, audio, dan sebagainya. Ini memudahkan scammer untuk mencuri data dan wang anda TANPA meminta no TAC dan OTP anda. Oleh itu, JANGAN muat turun mana-mana aplikasi selain daripada sumber yang sah seperti Google Play dan Apple Store
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: