Shopee x MCMC – Penjual Baru : Keusahawanan101
25 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 November 2022 yang lepas, penolong pengurus PEDi Bawang Assan telah menyertai webinar yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama dengan pihak Shopee yang bertajuk Penjual Baru : Keusahawanan 101. Webinar tersebut dijalankan pada 24 November 2022 dan berlangsung selama tiga jam bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari.
Webinar tersebut memberi pendedahan kepada para peserta mengenai Langkah-langkah yang betul untuk memulakan perniagaan menggunakan platform Shopee. Pendedahan ini amatlah berguna terutamanya kepada usahawan yang baru ingin meluaskan perniagaan mereka dengan menggunakan Shopee. Terdapat enam perkara yang di ketengahkan di dalam webinar tersebut iaitu Perundangan Perniagaan, Bisnes Model Canvas, Asas Pengurusan Perniagaan, Pemasaran Tradisional, Digital & Saluran Pengedaran, Pengurusan Operasi Perniagaan, dan Pengurusan Kewangan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: