Tangani Berita Palsu

28 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pelbagai program dan kempen yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menangani penyebaran berita palsu di kalangan masyarakat. Kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat supaya tidak menyebarkan berita plasu adalah penting kerana ia memberikan kesan buruk kepada individu, masyarakat, dan negara. Pihak yang didapati bersalah terbabit dalam penyebaran berita palsu boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

Terdapat tiga langkah mudah yang boleh anda terapkan untun membendung berita palsu ialah:
1. Tidak berkongsi sebarang berita yang diragui kesahihannya.
2. Semak dahulu kebenaran sesuatu berita di portal Sebenarnya.my sebelum berkongsi.
3. Bertanggungjawab terhadap kandungan dan maklumat yang disebarkan sebelum meyebarkannya.

Penyebarang berita palsu boleh mendatangkan kesan buru seperti mengaibkan individu dengan menjejaskan reputasi seseorang atau sesebuah organisasi. Berita palsu juga boleh mencetuskan panik di kalangan masyarakat dengan menimbulkan pergaduhan, huru-hara, kebencian, perkauman, dan lain-lain. Selain itu, penyebaran berita palsu boleh menjejaskan ekonomi negara seperti pembelian panik, timbul ketakutan pembeli, dan meningkatkan harga barang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali