Latihan Kebakaran PEDi Zon Sibu

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2022, PEDi Bawang Assan telah mengikuti latihan kebakaran untuk Zon Sibu dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Sibujaya. Program tersebut belangsung selama dua jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di Balai Bomba dan penyelamat Sibujaya. Program tersebut dimulakan dengan taklimat daripada pihak bomba iaitu daripada Tuan Pandi. Taklimat tersebut memberi pendedahan tentang cara-cara yang betul untuk meenggunakan pemadam api dan tindakan-tindakan yang betul semasa berlakunya kebakaran.

Ini kerana pentingnya seseorang untuk mengetahui apa yang harus dilakukan semasa berlakunya kebakaran semasa menunggu ketibaan pihak bomba. Setelah tamatnya taklimat, para peserta diberikan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari semasa taklimat dengan menggunakan pemadam api yang sebenar. Selain itu, peserta juga diberi peluang untuk merasakan sendiri dengan menggunakan sut yang digunakan oleh para bomba. Para peserta juga dapat merasakan sendiri untuk menaiki trak bomba dan mempelajari tentang peralatan-peralatan yang digunakan oleh pihak bomba. Para peserta juga diberi peluang untuk masuk ke dalam bilik kawalan dan melihat rutin harian yang perlu dilakukan oleh pihak bomba setiap hari.

Program tersebut ditamatkan dengan sesi penyerahan sijil kepada pihak bomba dan bergambar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali