Kursus Train The Trainer (Autocrat)
18 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 dan 24 Julai 2022 yang lepas pengurus dan penolong pengurus PEDi Bawang Assan telah mengikuti Kursus Train The Trainer mengenai penggunaan Autocrat (e-Sijil). Kursus tersebut terbahagi kepada dua sesi iaitu 23 Julai 2022 merupakan sesi untuk pengurus PEDi manakala 24 Julai 2022 merupakan sesi untuk penolong pengurus PEDi. Kursus tersebut berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 01:00 petang.
Tujuan kursus tersebut dijalankan untuk memberi pendedahan kepada staf PEDi tentang salah satu extension menarik yang terdapat di Google Docs iaitu Autocrat. Objektif dan matlamat program ini adalah untuk berkongsi kemahiran dalam menggunakan Autocrat kepada kakitangan PEDi, serta mempelajari penggunaan asas untuk mergekan dokumen menggunakan Autocrat. Ilmu pengetahuan yand diperoleh oleh para peserta sepanjang kursus tersebut ialah pengenalan terhadap Autocrat, penyediaan data di dalam Google Sheet, dan penyediaan template sijil. Selain itu peserta juga belajar mengenai tetapan dan konfigurasi menggunakan Autocrat didalam Google Sheet dan menjalankan proses runjob pada data yang hendak digabungkan. Peserta juga belajar mengenai hasil proses penghantaran data yang telah digabungkan dan membuat semakkan hasil janaan fail dalam folder yang ditetapkan untuk disimpan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: