2022 Train the Trainer (TTT): Open Broadcaster Software or OBS (Manager)

6 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Satu sesi khas iaitu latihan staf telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) masing- masing pada 5 Mac 2022 yang lalu iaitu pada hari Sabtu. Ia berkenaan dengan satu aplikasi yang kini menjadi trend dalam dunia digital alaf ini iaitu Open Broadcaster Software atau OBS.

Sesi khas tersebut dihadiri oleh lebih daripada 50 orang Pengurus di seluruh negara. Tenaga pengajar yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk mengendalikan sesi ini ialah Encik Anwar bin Maso’od, Pengurus PEDi Semenyih, Selangor. Antara yang dimuatkan dalam sesi sehari ini ialah tatacara penggunaan skrin hijau atau green screen, cara penggunaan aplikasi dengan betul dan sebagainya. Dalam sesi ini juga, terdapat latihan amali diselitkan bagi menguji kemahiran para pengurus dalam menggunakan aplikasi tersebut

Sesi khas ini dijalankan dalam dua (2) sesi iaitu sesi pagi, dari jam 1030 pagi- jam 1 petang dan sesi petang iaitu dari jam 2 petang- jam 4 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali